Saya menggunakan kamera Sony A7s bersama recorder Atomos Ninja2 bagi keseluruhan drama ini dengan gabungan lensa canon. Bagi saya, kualiti video sony A7s setanding dengan canon C100, tetapi kamera ini adalah lebih baik dalam pencahayaan yang kurang. Walaubagaimana pun tidak ade kamera yag sempurna. A7s juga ada mempunyai kekuranganya.
Berikut adalah satu babak yang saya menggunakan lensa 35mm Zhongyi pada body Sony. Lens ini agak sedikit soft pada wide open (f2). Pun begitu saya berpuas hati pada bukaan f2.8