Dokumentari Johor military force

Kami ke London untuk membuat research tentang penubuhan Johor military force untuk program dokumentari di The National Archives. Ribuan terimakasih kepada En. Norazlan, En. Marzunaidi dan team kerana memberi peluang pada kami. Arahan mantap oleh Joe Hamid.

Babak Lakun semula




Telemovie Cikgu Halim

Saya sebagai Jurukamera, terbitan Dana setia dan Rimatajam Sdn Bhd. Arahan Kak Norehan. mengisahkan Halim yang merupakan pelajar cemerlang mengorbankan masa depanya demi membantu ibu dan keluarganya dengan tidak menyambung pelajaran. Halim bekerja sebagai buruh di jeti dan tukang kebun di sekolahnya, sambil membantu pelajar-pelajar dan kemudian menjadi guru ganti seterusnya menyambung pelajaranya. Pengambaran telemovie ini di jalankan di Tawau Sabah. Lakonan Azam pit, Mimi Ernida, Syed Ali dan lain-lain.

Bersama Cikgu Halim







Peti Pos Dasar Laut Diraja

Saya diberi peluang syarikat Saspintar Sdn Bhd untuk membuat rakaman Dokumentari peti pos dasar laut di pulau mensirip. DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan merasmikan Peti Pos Dasar Laut Diraja di perairan Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) pada hari kedua Kembara Jelajah Pulau Mersing. Arahan En. Marzunaidi Md Noh.



DYMM tuanku merasmikan peti post

Telemovie "Nora Bam Boom"

Diana Danielle sebagai Nora, berkahwin dengan Pak Ali lakonan Dato Ahmad Tarmimi yang bekerja sebagai tukang urut lelaki, dibantu Oleh Mak Semah lakonan Zarina Zainuddin sebagai Ibu Nora dan Jiran kecoh mereka Jasmin Hamid sebagai Cik Nam. Arahan Khalid Sulaiman terbitan Filmmecca Studio, Skrip oleh A.Wahid Nasir. Slot Citra 21 julai 9.30 malam tv2.
           Nora yang bekerja di pusat kecantikan Bam Boom. Kerana desakan orang sekeliling apatahlagi usianya yang semakin meningkat, akhirnya dia bersetuju menerima Pak Ali, lelaki berusia 70 tahun sebagai suaminya walaupun ditentang oleh ibunya Cik Semah, seorang pengamal herba dan pembuat jamu.


Saya dengan Nora heehe

Telemovie "Pulang"

Drama hari raya terbitan Frontrow Picture Sdn Bhd untuk tv9. Arahan Mohamad Feroz Abd Kadir, Saya sebagai Jurukamera dan penyunting bagi drama ini. Mengisahkan Acong dan Agus 'meminjam' kereta mewah untuk dibawa balik ke kampung dihari raya untuk menunjuk pada ibubapa dan kekasih mereka, namun sebalikya lain pula yang berlaku, kereta yang mereka 'pinjam' ada 2 orang budak bersama. Saksikanya dihari raya nanti.

Pengarah Feroz Kader berbaju hijau

Telemovie "Malam Ku Bermimpi"

Terbitan oleh Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd. Arahan oleh Melissa Saila, untuk rancangan
Tribute P.Ramlee RTM tv1. Skrip dan penerbit oleh Megat Fauzi, Saya jurukameralah :) . Cerita berlatarkan tahun 50an dimana Zaiton (Siti Saleha) menjadi mereng apabila ibubapanya menolak pinangan Karem rimau (Zahiril Adzim). Malam Zaiton bermimpi menjadi kucing, esoknya ia akan berperangai seperti kucing.... bermimpi menjadi burung.. gergasi.., Jangan lupa saksikan juga, lakonan Imuda, Man kadir, Omar Abdullah, Dian P.Ramle dan lain-lain. Saksikan kekecohan yang berlaku akibat zaiton dan gangguan harimau di kampung tersebut, cerita ini memang kelakar best..! memang boleh layan satu keluarga. Tayangan di rtm tv1, 29/10/16 9pm.








Drama siri 20 Episod "Hantu Punya Boss"

Drama episod terbitan MIG. Ribuan terimakasih kepada pengarah tersohor Feroz kadir, Awie Deen dan Pengurus Produksi Rizal Alhafiz, kerana memberi kepercayaan pada saya sebagai d.o.p. untuk drama episod ini. Drama ini mengisahkan kesukaran Ebby menghadapi cabaran dengan bosnya Arrayan (Syukri Yahya) yang suka memberi tekanan terhadap pekerjanya terutama kepada Ebby, kerana ia suka pada Ebby.