Filem Balada Pencinta

Saya seronok menyunting filem ini kerana banyak babak-babak filem ini menyentuh perasaan, aksi yang bagus, lagu tema yang menarik. Ia menyebabkan kita akan menonton hingga ke akhir.

        Film 'Pecinta'  terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd arahan Khir Rahman ini saya sunting pada bulan ramadan 2012 telah selesai, namun masih menunggu proses final audio mixing sebelum dihantar ke proses color grading dan proses kinetransfer di Thailand, Filem ini di jangka ke pawagam awal tahun 2013.

        Amir bekas ahli kumpulan Gangster merubah kehidupannya kepada pemain gitar 'basking' bertemu dan bercinta dengan Aisyah seorang anak dato yang telah bertunang dengan Boy.
     
         Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah, Johan Asari, Siti Saleha, Sein Ruffedge, Faizal Hussien, Iedil Putra, Miera Lyana, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee.