Telemovie "Perempuan Disarung Unggu"

Terbitan Saphire Screen Sdn Bhd untuk Astro, arahan Feroz kadir, Pengurus Produksi Rizal Alhafiz dan saya sebagai d.o.p. Drama ini mengisahkan isteri Zamani (syukri Yahya) dipenjara atas sabitan kes bunuh. Di penjara dia bertemu dan berkawan dengan Jeni
(Zela bakarin) dan Mariam (Delimawati). lokasi pengambaran di Penjara Kluang Johor dan sekitar kuala Lumpur. Tayangan di Astro Ria 23/1/16. 9 malam.







Akademi Muayfight 2015

Bersama kawan-kawan Akademi filem Malaysia membuat rakaman Akademi Muayfight 2015 di Kompleks MSN Taman Keramat usahasama perbagai agensi dan syarikat penerbitan untuk Rtm, banyak bercerita kenangan lama juga bila berjumpa, Hmm.. sudah 19 tahun, cepat sungguh masa belalu.



Telemovie "Transmisi Kampung"

Sebuah telemovie untuk Rtm terbitan Kino-i Sdn Bhd, Ku semangat Actor, Arahan pengarah muda yang berbakat besar Imri Nasution. Mengisahkan seorang Tok dalang yang telah berhijrah ke luar Kelantan untuk mengembangkan seni wayang kulit ke sebuah kampung yang masih belum menerima elektrik pada tahun awal 70an. Bagaimanapun, sokongan peduduk kampung telah semakin beralih kepada peti televisyen yang muncul di warung Ah Lim. Saya diberi peluang sebagai jurukamera untuk drama ini. Lakonan oleh Nam Ron (Tok Din). Terima kasih kepada semua yang terlibat.




Dari kiri, Imri (Pengarah), Dian, Saya dan Rizal (apis)



Dokumentari Peti Pos Dasar Laut Terdalam

Pulau Layang-Layang terletak 300 kilometer dari pantai Sabah dan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan menggunakan kapal terbang dari Kota Kinabalu. Bagaimanapun kami mengambil peluang untuk merasai sendiri pengalaman ke pulau tersebut menaiki kapal kargo bersama-sama beberapa orang tentera laut kepulau tersebut yang mengambil masa 23 jam jika cuaca baik. Alhamdulillah cuaca sangat baik semasa perjalanan kami. Saya dan team produksi  berpeluang membuat rakaman dokumentari 45 minit untuk Rtm dan Astro, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan untuk mendaulatkan pulau Layang Layang Malaysia. Kami bermalam di Avillion Layang Layang selama 15 hari.
             Peti pos dasar laut terletak pada kedalaman 40 meter, ia sekali gus mencipta rekod dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai peti pos dasar laut terdalam di negara. Pelancaran poskod khas bernombor ' 88005 untuk Pulau Layang-Layang dan sebuah lagi peti pos di darat sebagai kemudahan pos kepada para pelancong dan orang ramai yang tinggal di pulau itu.





Team produksi  
Disinilah tempat asalnya pulau ini dimana tentera laut menjaga keselamatan negara





Anugerah Pekhidmatan Cemerlang 2015

Rakaman majlis penyampaian Anugerah Pekhidmatan Cemerlang 2015 untuk Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu. Saya menggunakan 2 kamera Panasonic dan 2 kamera Sony untuk majlis ini dengan swicher. Terima kasih kepada semua mereka yang terlibat terutama pada  Cik Zafiah, En Tan Chai Lan serta teamnya dan kepada Juru teknikal Sdr Hisyam, Deen, Basree, En Jamil dan En Syed Zulkifli kerana membantu menyempurnakan rakaman tersebut dengan lancar. Terima kasih anda semua best & cool.




Drama Telemovie "Mencari Kaamatan di Gombunan"

    Drama arahan Jamil Mutalib, Lakonan oleh Beto Kusyairy dan Zarina Zainoordin. Berlatar belakang negeri Sabah. Mengisahkan Rashid (Beto) membawa isterinya Suraya (Zarina) ke Sabah untuk untuk bercuti dan membuat kajian untuk novelnya tentang Keamatan. Di sana, Rashid "pergi ke alam lain" dan bertemu seorang gadis dusun..

Saya menggunakan kamera Sony A7s bersama recorder Atomos Ninja2 bagi keseluruhan drama ini dengan gabungan lensa canon. Bagi saya, kualiti video sony A7s setanding dengan canon C100, tetapi kamera ini adalah lebih baik dalam pencahayaan yang kurang. Walaubagaimana pun tidak ade kamera yag sempurna. A7s juga ada mempunyai kekuranganya.




 

Berikut adalah satu babak yang saya menggunakan lensa 35mm Zhongyi pada body Sony. Lens ini agak sedikit soft pada wide open (f2). Pun begitu saya berpuas hati pada bukaan f2.8




Sony A6000 - Video

Kamera Sony juga punyai keupayaan merakam video dengan baik.  Gabungan lensa Canon dengan badan Sony menggunakan 3rd party adaptor auto focus Ef to E-mount membolehkan lensa Canon digunakan. Kaedah ini pada saya buat masa ini kurang sesuai untuk rakaman gambar pegun kerana sistem auto focusnya begitu lambat kerana ia mengambil masa 3-4 saat untuk mendapatkan focus dan kadangkala ia gagal langsung. Adaptor ini juga berupaya menukar aperture secara elektronik, pada saya ini sudah cukup untuk rakaman video, bagi focus pula tiada masalah kerana saya menggunakan manual focus.
Sony A6000 & Canon 24-105mm lens
Untuk mendapatkan audio yang baik saya terpaksa menggunakan teknik rakaman audio berasingan dengan menggunakan perakam Zoom H1n bersama Sennheiser lav mic jika membuat sesi temubual kerana kamera ini tidak mempunyai mic in. Penggunaan Sony mic seperti Sony ECM W1M pada saya kurang praktikal kerana ia turut merakam ambience yang tinggi dan kita tidak punyai pilihan untuk memperbaiki kelantangan bunyi secara manual walaupun pada model kamera seperti Sony A7 siri. Ia melumpuhkan penyesuaian manual audio kepada auto sahaja.  Jadi saya tidak menggalakkan anda membelinya.


Kejohanan Motocross terbuka kedah

Kejohanan Motocross di Rasau Pendang



Cempaka Padang Lerek

Drama 90 minit terbitan Saspintar Sdn Bhd. Rakaman di Kedah lakonan Shakilla Khoriri, Idris Mat Diah, Nadia Mustafar dan Zalieyshuhali. Arahan mantap oleh Marzunaidi Mat Noh, skrip oleh En.Pyian dan Saya sebagai Jurukamera. Drama ini mempunyai gaya bahasa yang menarik, lakonan yang berkesan dan cerita yang menarik.



Boleh di tonton di : myklik.rtm.gov.my/telemovie/403


Pengarah Marzunaidi Mat Noh