13 Episod Kampung Semarah Padi (3)

Jutaan terima kasih saya kepada Kus Semangat Aktor Sdn Bhd, Penerbit dan skrip oleh Abang Megat Fauzi, Arahan Melissa Saila, kerana memanggil team kami untuk berkerjasama dalam pengambaran drama Kg semarah padi musim ketiga untuk rtm. Kali ini, kisah satu kampung ini disumpah menari pulak.
        Lakonan oleh Sabri Yunus, Shiela Mambo, Sani Sudin, Fauzuly Hamdan, Johan As'ari, Khir Rahman, Rosca, Azman Hasan, Anisa, Ibu Yani dan ramai lagi. Lakonan mereka sungguh menghiburkan dan kelakar dengan karektor masing-masing yang sangat best..! tidak dapat kita lihat dengan drama lain ketika ini. terbaik!







13 episod Drama Aksara Kasih Ayah

Terima kasih kami yang tak terkira kepada penerbit kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjayakan drama ini. Drama 13 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd untuk rtm. Arahan dari pengarah Harrish Fadzilah, shot-shot beliau memang menarik dan juga kreatif, beliau kelakar orangnya tetapi serius bila bekerja, kami seronok bekerja dengannya. Banyak juga yang saya pelajari dari beliau. Pengambaran drama ini dijalankan di Tanjong karang Selangor, lokasi yang dipilih sangat sesuai dan menarik dengan suasana sawah padi dan ladang yang menghijau serta pemandangan pantai yang memukau dikala matahari terbenam.

Aksara Kasih Ayah berkisah mengenai hubungan kasih sayang seorang ayah lakonan Zamarul Hisham dengan anak angkatnya, Namun, apabila dugaan mendatang, bagaimana pula kisah kasihnya itu, setelah isteri yang dia sayangi lakonan Izreen Asminda pula meninggal dunia..... tunggu kemunculanya, saksikan dilayar tv anda. :)


Team produksi
dari kiri Pengurus Produksi, Saya, Penerbit dan Pen.Pengarah


Bersama pengarah



Drama 13 episod Ustaz Pink

Drama terbitan Real Desire Productions untuk Rtm. Arahan bersama Feroz Abdul Kader dan Adinata Mohd Khalil. Saya penyunting drama ini.  Lakonan Nazim Othman, Farah Nabilah dan lain Lain-lain. Drama ini adalah daripada adaptasi Novel Ustaz Pink terbitan Buku Prima, karya Pistasia Vera.
          
Setiap pertembungan membuatkan kedua-duanya bagaikan ada chemistry. Akhirnya daripada musuh antara pensyarah dan pelajar bertukar menjadi kawan dan boleh ke ia bertukar menjadi cinta?, Boleh ke mereka hidup bersama sebagai suami isteri? Kalau dah tertulis di dalam Lohmahfuz bahawa Zahra akan dijodohkan dengan Ustaz Pink juga, makanya tiada siapa pun yang mampu menghalangnya.




Dokumentari 13 episod 'Hidro'

Dokumentari 13 episod terbitan Saspintar Sdn Bhd. Dokumentari ini memaparkan penjanaan hidro eletrik Malaysia dan merangkumi kegiatan ekonomi dan pembangunan bagi kawasan yang berdekatan dengan empangan-empangan hidro seperti tasik, perkampungan sehingga ke industri.

Melalui dokumentari ini, kita akan mendapat maklumat sebenar bagaimana proses penjanaan elektik dihasikan dan disalurkan kepada pengguna. Juga bagaimana fungsi sebenar keujudan sesebuah empangan, tidak hanya untuk menjana elektrik sahaja, malah terlalu banyak kebaikan dan manafaatnya kepada masyarakat keseluruhanya. Arahan caya punya En. Marzunaidi Mat Noh, Saya jurukamera. Suntingan berasap oleh Shah D Mat Noh, Skrip oleh Pyian. Tayangan hujung tahun 2017.



Pengarah sedang menarik baju saya ha ha ha..
Yg pakai baju iron maiden tu Editor dan pilot drone.
Pyian plak, pakai baju bunga-bunga :) 



Intro rancangan Hidro