Sony A6000 - Video

Kamera Sony juga punyai keupayaan merakam video dengan baik.  Gabungan lensa Canon dengan badan Sony menggunakan 3rd party adaptor auto focus Ef to E-mount membolehkan lensa Canon digunakan. Kaedah ini pada saya buat masa ini kurang sesuai untuk rakaman gambar pegun kerana sistem auto focusnya begitu lambat kerana ia mengambil masa 3-4 saat untuk mendapatkan focus dan kadangkala ia gagal langsung. Adaptor ini juga berupaya menukar aperture secara elektronik, pada saya ini sudah cukup untuk rakaman video, bagi focus pula tiada masalah kerana saya menggunakan manual focus.
Sony A6000 & Canon 24-105mm lens
Untuk mendapatkan audio yang baik saya terpaksa menggunakan teknik rakaman audio berasingan dengan menggunakan perakam Zoom H1n bersama Sennheiser lav mic jika membuat sesi temubual kerana kamera ini tidak mempunyai mic in. Penggunaan Sony mic seperti Sony ECM W1M pada saya kurang praktikal kerana ia turut merakam ambience yang tinggi dan kita tidak punyai pilihan untuk memperbaiki kelantangan bunyi secara manual walaupun pada model kamera seperti Sony A7 siri. Ia melumpuhkan penyesuaian manual audio kepada auto sahaja.  Jadi saya tidak menggalakkan anda membelinya.