Dokumentari permainan warisan

         Kami melakukan penggambaran dokumentari mengenai warisan permainan di utara Perak terbitan Manja Citra sdn bhd selama beberapa hari. Lokasi yang dipilih oleh pengarah sungguh cantik dan bersesuaian dengan konsepnya, Hmm..sudah tentulah..



 Kami menggunakan 2 kamera untuk memudahkan lagi penggambaran permainan yang mana mempunyai ramai pemain supaya selamat dari segi continuity dan mendapat variety shot.

Sedikit kelemahan kamera ini pada pandangan saya.

1. Dalam situasi low light, saya mengesan noise atau grain pada bahagian gelap walaupun tidak membuka gain. Lebih jelas kelihatan apabila melihat dengan monitor Hd 32". Mungkin disebabkan imej kamera ini sungguh sharp, ada kaitan dengan saiz sensor. Depth of field nya juga kurang.

2. Back focus jika anda tidak berhati-hati. Jangan percaya sangat pada Lcd viewfinder disebelahnya. Mungkin disebabkan ia kecil, Tapi apabila dilihat menggunakan monitor Hd yang besar, nampaklah kesannya.  Pakai viewfinder lebih selamat. Nasihat saya, periksa dahulu dengan focus chat. kedua-dua kamera memberikan masalah yang sama, maklumlah kamera sewa banyak tangan...

Clip montaj:

Malaysian Heritage games from tokpamuz on Vimeo.

Sitcom Sebumbung Session2

   Terjumpa dalam hardisk simpanan saya satu montaj hasil kerja saya tak lama dulu dengan Pujangga kreatif sdn bhd, tahun 2010. Sitcom ini diarahkan oleh Nasir Juhan (jet li) untuk rtm. Saya bertindak sebagai freelance editor untuk 13 episod sambil mengajar kawan saya yang juga editor in house di situ, teknik-teknik dan tip untuk edit drama. Kini dia sudah power....adeh...hee.



        Sitcom ini menggunakan 2 kamera untuk rakaman sekaligus. Sudah tentu masa shooting lebih cepat, namun masa editing tidak mudah sebagaimana yang disangkakan kerana ada banyak 'take' akan mengakibatkan masalah continuity terutama pada shot master. serta untuk mencari sync point antara dua kamera, termasuk aksi spontan yang mana bertambah menarik, ditambah lagi dengan file yang dicari tak jumpa.(contyboy tulis salah tape dsb) Hmm...
        Bagaimana pun sitcom ini siap tampa ada masalah besar pun, hasil arahan pengarahnya amat baik sehinggakan kami yang menyuntingnya pun ketawa terbahak-bahak, Di tambah lagi dengan lakonan pelakon yang cukup berpengalaman.

Video DSLR / HDslr.

            Kita selalu menyaksikan di internet malah di tv,  Gambar visual yang dirakam mempunyai kesan visual yang cantik semacam filem dan punyai shallow depth of field. Yang best nya video dirakam hanya dengan menggunakan video dslr sahaja.
          
         Kita tidak seharusnya menolak atau reject teknologi ini disebabkan kita lihat ianya hanya sebuah kamera yang kecil dan beranggapan kamera still tidak layak berfungsi sebagai kamera video. Kaji dan buat research dahulu teknologi tersebut, tengok dulu apa perbezaannya daripada kamera video biasa, baru membuat keputusan. Hmm... Bagaimanakah video atau motion film terjadi? - Persistence of vision. Kan....
       
shoulder mount memberi kesan
 stable ketika handheld.
          Untuk menghasilkan visual yang cantik, bukan sahaja hanya dengan menekan butang dengan betul, tapi kita perlu memahami bagaimana kamera berfungsi untuk menghasilkan visual yang berkualiti. Bukannya ambil kamera, point dan shoot sahaja. Perlu diingat, still dan video adalah sesuatu yang berbeza walaupun pada asasnya sama.

            Kita perlu mengetahui kelebihan dan kelemahan sesebuah kamera. dengan memahami kelebihan kamera kita akan mendapat keputusan terbaik. kita juga perlu memahami teknik bagaimana untuk membantu memberikan mutu yang terbaik untuk membantu sesuatu shot, seperti lighting, sound, color dan sebagainya. Pentingnya untuk tidak melakukan kesilapan (kelemahan dslr sebagai kamera video) supaya tidak merosakan shot yang baik.

          Kita harus berpandangan seperti "film maker" supaya kita dapat merealisasikan imaginasi kita menjadi visual yang baik. Penggunaan peralatan bantuan juga kita harus ambil kira seperti shoulder rig, tripod, microphone dan sebagainya. Tidak semestinya kita membeli peralatan yang mahal, tetapi cukup sekadar ianya memberi kesan yang baik. DIY juga tidak menjadi kesalahan jika anda mempuyai kreativiti. 

"My gear". sebahagian dari peralatan saya yang digunakan untuk rakaman video. p/s Drama tv pun ade...hehe
        
       Perbagai jenis lens manual yang boleh digunakan untuk penggambaran video memandangkan kita tidak menggunakan auto focus  - Gunakan kreativiti anda...

       Jika anda berkelapangan, sertailah kelas-kelas atau bengkel video yang dianjurkan, Ilmu bukanlah sesuatu yang kita boleh ambil ringan jika kita hendak maju dalam sesuatu bidang.  Jadi saya juga tidak berkecuali menggunakan dslr sebagai alat untuk rakaman saya.      

"Jangan dok biarkan saja kelebihan kamera anda, apa lagi shoot videolah...."




koleksi  lens manual buruk ku, tapi jangan dipandang rendah pada hasilnya.