13 episod Drama Aksara Kasih Ayah

Terima kasih kami yang tak terkira kepada penerbit kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjayakan drama ini. Drama 13 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd untuk rtm. Arahan dari pengarah Harrish Fadzilah, shot-shot beliau memang menarik dan juga kreatif, beliau kelakar orangnya tetapi serius bila bekerja, kami seronok bekerja dengannya. Banyak juga yang saya pelajari dari beliau. Pengambaran drama ini dijalankan di Tanjong karang Selangor, lokasi yang dipilih sangat sesuai dan menarik dengan suasana sawah padi dan ladang yang menghijau serta pemandangan pantai yang memukau dikala matahari terbenam.

Aksara Kasih Ayah berkisah mengenai hubungan kasih sayang seorang ayah lakonan Zamarul Hisham dengan anak angkatnya, Namun, apabila dugaan mendatang, bagaimana pula kisah kasihnya itu, setelah isteri yang dia sayangi lakonan Izreen Asminda pula meninggal dunia..... tunggu kemunculanya, saksikan dilayar tv anda. :)


Team produksi
dari kiri Pengurus Produksi, Saya, Penerbit dan Pen.Pengarah


Bersama pengarah



Drama 13 episod Ustaz Pink

Drama terbitan Real Desire Productions untuk Rtm. Arahan bersama Feroz Abdul Kader dan Adinata Mohd Khalil. Saya penyunting drama ini.  Lakonan Nazim Othman, Farah Nabilah dan lain Lain-lain. Drama ini adalah daripada adaptasi Novel Ustaz Pink terbitan Buku Prima, karya Pistasia Vera.
          
Setiap pertembungan membuatkan kedua-duanya bagaikan ada chemistry. Akhirnya daripada musuh antara pensyarah dan pelajar bertukar menjadi kawan dan boleh ke ia bertukar menjadi cinta?, Boleh ke mereka hidup bersama sebagai suami isteri? Kalau dah tertulis di dalam Lohmahfuz bahawa Zahra akan dijodohkan dengan Ustaz Pink juga, makanya tiada siapa pun yang mampu menghalangnya.