Buku Teknik Kamera Video & Buku Penataan Bunyi

Saya ada menerbitkan 2 buku videografi untuk mereka yang berminat belajar videografi dan audio.

Buku teknik kamera video bertujuan memperkenalkan asas penerbitan video tempatan dan amalan rakaman kamera video kepada mereka yang mahu mengenali serta menambah pengetahuan. Ia merangkumi panduan asas mengenai amalan penggambaran termasuk proses rakaman dan pengendalian peralatan.

Buku Audo mengamdungi panduan rakaman bunyi atau rakaman audio untuk penggambaran video dan mengemukakan kaitan serta membincangkan peranan dan pengaruhnya terhadap visual. Buku ini juga mengandungi teknik amalan rakaman dan tugas seorang juru audio.

Kedua-dua buku ini boleh di dapati kedai shopee saya di : tokpamuz shop




Filem Saadon - Kampung Kuala Lambat

Filem arahan Melissa Saila, lakon layar oleh Megat Fauzi, terbitan Azura Pictures dan Kus Semangat Actor bakal menemui penonton dipawagam tahun 2020. Saya diberi amanah sebagai pengarah fotografi untuk filem ini. Lakonan terbaik oleh Khir Rahman, Sabri Yunus, Imuda, D'Boy Hamdan dan ramai lagi, cerita komedi kelakar giler, watak aku posmen pun ada dalam filem ini. Kami crew2 produksi asik ketawa aje.





3 Men Without Plan

Program 13 episod majalah traveg log untuk rtm dalam bahasa inggeris. Arahan Rosliana Roslie. Pengembaraan oleh 3 lelaki  tanpa rancangan untuk melihat tempat-tempat menarik serta tempat makan yang popular dengan hanya melayari internet ketika berada negeri tersebut. Merakam program ini sangat memenatkan kerana kami juga terpaksa menaik kapal terbang, keretapi, bas, bot, van pelancongan, motosikal dan basikal serta mendaki bukit bagi mengikuti mereka untuk penonton dapat merasai perjalanan mereka seseluruh semenanjung Malaysia. Namun sangat seronok.





Pandangan  puncak bukit mok cun

Dokumentari 13 episod Kraftangan Kartel legasi

Terbitian Saspintar Sdn Bhd. Arahan oleh Din Bakri. Dokumentari 13 episod ini mempunyai 2  bahagian seni yang berbeza bagi setiap episod. Ia mengenai pembuatan seni kraf  serta kesinambungan warisan ilmu kepada perintis mereka bagi menyambung legasi seni kraf di tanah air kita.


pengurus produksi berbaju kuning paling banyak membantu 

Dokumentari Cinta Alam Cakrawala

Dokumentari 13 episod arahan En. Khalid untuk tayangan RTM.  Penggambaran dokumentari ini diselaraskan oleh En. Jamal Mat Din serta dijalankan di seluruh malaysia, Dokumentari ini adalah mengenai pengetahun dan penyelidikan tentang hubungan manusia dengan bintang serta kajian yang di lakukan oleh cendekiawan bidang astronomi di negara kita. Saya diberi tugas sebagai jurukamera. Pen. pengarah Min Rahman, Juruaudio serta pilot drone Shahidan Mad Noh, Jurulampu Amreshah Abdullah.


Aku Posmen

Drama telemovie terbitan Kus Semangat Aktor. Arahan dan Penerbit oleh Melissa Saila dan Skrip dan juga penerbit oleh Megat Fauzi Isa. Cerita ini sangat kelakar dengan lakonan oleh D'boy Hamdan, Lisa Surihani, Nadia Aqilah, Khir Rahman, Azman Hassan dan ramai lagi.  Saya bertugas sebagai DOP dan penyunting untuk cerita ini. Cerita ini adalah prequel daripada telemovie Kampung Kuala Lambat untuk tayangan Astro citra 9malam 10 November 2018.

Bersama Khir Rahman yang juga seorang pengarah
Dari kanan Pen. Pengarah Emmatoyz dan artis berbakat besar 
D'Boy Hamdan, Azman Hassan,  Nadia Aqilah 
Lisa Surihani sedang menyanyi 



Setan Dalam Poket

Drama telemovie terbitan Kus Semangat Aktor untuk tanyangan Astro Citra, Arahan oleh Melissa Saila dan Skrip oleh Megat Fauzi Isa.  Drama karya mereka adalah yang sangat menghiburkan dan saya sangat seronok bekerjasama dengan mereka. Dalam drama ini saya bertugas sebagai D.O.P. dan Penyunting bagi drama ini. Lakonan Ungku Ismail, Elizad Sharifuddin dan Wan Hanafi Su di Astro Citra pada Sabtu, 13 Oktober 2018, jam 9 malam. Kisah mengenai duit yang asalnya dari hasil rompakan yang menyebabkan malapetaka dan sial kepada pemiliknya setiap kali bertukar tangan.







Drama 13 episod Alahai Cucu Atok

Drama bersiri 13 episod kali ini adalah arahan saya sendiri untuk slot bulan puasa untuk Rtm, Terbitan Saspintar Sdn Bhd. Jutaan terima kasih kami dari saya dan team produksi kepada Idea asal En. Norazlan Bidin, penerbit, En. Marzunaidi Mat Noh dan En. Abd Samad Inovasi kerana memberi kepercayaan dan amanah kepada kami untuk menjayakan drama ini.

Drama ini mengisahkan khususnya Hafiz dan Hana, 2 orang adik beradik ini ikut Ibu bapa mereka berpindah ke kampung Atok mereka, lakonan  Kaza, Wan Raja sebagai Ayah, Ana Dahlia sebai Ibu, dan ramai lagi. Hafiz dan Hana berserta kawan mereka Ajip dan Man meghadapi cabaran mula berpuasa dan halangan untuk berjaya sempurnakan puasa di kampung. Saksikan babak-babak menarik, lucu, mereka dengan karenah masing masing, dan karenah penduduk kampung atok mereka, Insyallah tayangan dibulan ramadan nanti.




Dari kiri Hafiz, Hana, Man, Ajip

13 Episod Kampung Semarah Padi (3)

Jutaan terima kasih saya kepada Kus Semangat Aktor Sdn Bhd, Penerbit dan skrip oleh Abang Megat Fauzi, Arahan Melissa Saila, kerana memanggil team kami untuk berkerjasama dalam pengambaran drama Kg semarah padi musim ketiga untuk rtm. Kali ini, kisah satu kampung ini disumpah menari pulak.
        Lakonan oleh Sabri Yunus, Shiela Mambo, Sani Sudin, Fauzuly Hamdan, Johan As'ari, Khir Rahman, Rosca, Azman Hasan, Anisa, Ibu Yani dan ramai lagi. Lakonan mereka sungguh menghiburkan dan kelakar dengan karektor masing-masing yang sangat best..! tidak dapat kita lihat dengan drama lain ketika ini. terbaik!







13 episod Drama Aksara Kasih Ayah

Terima kasih kami yang tak terkira kepada penerbit kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjayakan drama ini. Drama 13 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd untuk rtm. Arahan dari pengarah Harrish Fadzilah, shot-shot beliau memang menarik dan juga kreatif, beliau kelakar orangnya tetapi serius bila bekerja, kami seronok bekerja dengannya. Banyak juga yang saya pelajari dari beliau. Pengambaran drama ini dijalankan di Tanjong karang Selangor, lokasi yang dipilih sangat sesuai dan menarik dengan suasana sawah padi dan ladang yang menghijau serta pemandangan pantai yang memukau dikala matahari terbenam.

Aksara Kasih Ayah berkisah mengenai hubungan kasih sayang seorang ayah lakonan Zamarul Hisham dengan anak angkatnya, Namun, apabila dugaan mendatang, bagaimana pula kisah kasihnya itu, setelah isteri yang dia sayangi lakonan Izreen Asminda pula meninggal dunia..... tunggu kemunculanya, saksikan dilayar tv anda. :)


Team produksi
dari kiri Pengurus Produksi, Saya, Penerbit dan Pen.Pengarah


Bersama pengarah