Tarian Asyik 2

Rakaman tarian ini dibuat di sebuah restauran di pulau melaka Kelantan menggunakan kamera sony dsr400. Kamera ini adalah jenis standart definition broadcast. walaupun ianya adalah 4/3 tetapi saya saja crop bagi kelihatan 16/9, bagaimanapun ia bukanlah berkualiti Hd, cuma memberi kesan 'look' Hd saja. Ini adalah sebahagian clip yang saya reEdit kembali untuk di'sharing' di internet.

Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik Kelantan dan dipersembahkan di istana Raja-Raja Kelantan. Penari-penari terdiri daripada dayang-dayang istana. Selain itu Tarian Asyik ditarikan pada hari perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana. Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.



Diharap tarian sebegini boleh dikekalkan untuk tatapan jenerasi akan datang. Semoga clip ini boleh memberi manafaat pada seseorang.