Fadli & Ross

Rakaman simple dalam suasana balik selepas raya ke ibu kota.  Jalan ke Kuala kerai. Jem? haha... semua muka monyok, nasib baik saya bukan nak ke KL lagi.... itu pun terkena jugak...
Semoga bahagia Li.


Shoot handheld pakai shoulder mount

Video perkahwinan / Wedding video.

        Selain program tv seperti drama, dokumentari, program majalah tv, koperat dan sebagainya. Sebenarnya saya amat suka kepada video perkahwinan. Kerana bagi saya ia adalah sesuatu yang nyata, Saya suka melihat orang bahagia atau gembira (bukan hasil dari skrip atau sebagainya)  walaupun ada yang kena khawin paksa....haha... tapi.. apabila video siap disunting, Mereka merasa seronok melihat pasangan bahagia apatah lagi orang tua mereka. 
       Ini antara contoh clip yang saya reedit untuk web bagi kepada sesiapa yang ingin saksikan. Diharap Yg. Berbahagia Dato' merestui saya... he he.


Kamera yang kami gunakan ialah kamera Sony Dsr 400. Canon XL2 dan Canon 7D.  Tiga hari di Pulau Pinang.




Dokumentari pembuatan Batik Terengganu


Antara video yang saya rakam menggunakan kamera sony Beta SP 537. Dah lama saya tak nampak kamera ni lagi. Bagus untuk shooting outdoor dan lemah dengan situasi low light. Penggambaran ini dirakam sekitar Terengganu dan Kuala Lumpur. Saya edit menggunakan perisian Apple final cut pro3.



Video ini diterbitkan oleh upm productions.  Saya bekerja sebagai Jurukamera dan video editor.