Sony A6000 & Canon 24-105mm lens |
Untuk mendapatkan audio yang baik saya terpaksa menggunakan teknik rakaman audio berasingan dengan menggunakan perakam Zoom H1n bersama Sennheiser lav mic jika membuat sesi temubual kerana kamera ini tidak mempunyai mic in. Penggunaan Sony mic seperti Sony ECM W1M pada saya kurang praktikal kerana ia turut merakam ambience yang tinggi dan kita tidak punyai pilihan untuk memperbaiki kelantangan bunyi secara manual walaupun pada model kamera seperti Sony A7 siri. Ia melumpuhkan penyesuaian manual audio kepada auto sahaja. Jadi saya tidak menggalakkan anda membelinya.