Terjumpa dalam hardisk simpanan saya satu montaj hasil kerja saya tak lama dulu dengan Pujangga kreatif sdn bhd, tahun 2010. Sitcom ini diarahkan oleh Nasir Juhan (jet li) untuk rtm. Saya bertindak sebagai freelance editor untuk 13 episod sambil mengajar kawan saya yang juga editor in house di situ, teknik-teknik dan tip untuk edit drama. Kini dia sudah power....adeh...hee.
Sitcom ini menggunakan 2 kamera untuk rakaman sekaligus. Sudah tentu masa shooting lebih cepat, namun masa editing tidak mudah sebagaimana yang disangkakan kerana ada banyak 'take' akan mengakibatkan masalah continuity terutama pada shot master. serta untuk mencari sync point antara dua kamera, termasuk aksi spontan yang mana bertambah menarik, ditambah lagi dengan file yang dicari tak jumpa.(contyboy tulis salah tape dsb) Hmm...
Bagaimana pun sitcom ini siap tampa ada masalah besar pun, hasil arahan pengarahnya amat baik sehinggakan kami yang menyuntingnya pun ketawa terbahak-bahak, Di tambah lagi dengan lakonan pelakon yang cukup berpengalaman.