Pulau Layang-Layang terletak 300 kilometer dari pantai Sabah dan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan menggunakan kapal terbang dari Kota Kinabalu. Bagaimanapun kami mengambil peluang untuk merasai sendiri pengalaman ke pulau tersebut menaiki kapal kargo bersama-sama beberapa orang tentera laut kepulau tersebut yang mengambil masa 23 jam jika cuaca baik. Alhamdulillah cuaca sangat baik semasa perjalanan kami. Saya dan team produksi berpeluang membuat rakaman dokumentari 45 minit untuk Rtm dan Astro, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan untuk mendaulatkan pulau Layang Layang Malaysia. Kami bermalam di Avillion Layang Layang selama 15 hari.
Peti pos dasar laut terletak pada kedalaman 40 meter, ia sekali gus mencipta rekod dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai peti pos dasar laut terdalam di negara. Pelancaran poskod khas bernombor ' 88005 untuk Pulau Layang-Layang dan sebuah lagi peti pos di darat sebagai kemudahan pos kepada para pelancong dan orang ramai yang tinggal di pulau itu.