Selain daripada bekerja sebagai jurukamera dan video editor bebas, saya juga ada menyediakan set Mcp 3 camera berkualiti broadcast bagi tujuan rakaman video. Tetapi, untuk membolehkan rakaman mcp kos yang rendah, saya sesuaikan perkhidmatan mcp saya untuk kegunaan biasa (tidak broadcast) iaitu menggunakan kamera jenis HandycamHD atau menggunakan kamera dslr (kamera still untuk video) untuk mereka tidak perlukan kualiti yang broadcast, pun begitu saya menggunakan set video mixer fully digital (broadcast quality) supaya kualiti video dapat dikekalkan. Sistem ini sesuai untuk tayangan live feed atau simpanan sendiri seperti program live muzik, tarian, forum, ceramah dan sebagainya.
MCP adalah kaedah rakaman video untuk menyiarkan atau merakam adegan. Penyediaan mcp berbeza dengan penyediaan
kamera tunggal (scp) yang menggunakan
satu kamera. Secara
umumnya, dua atau lebih kamera mengambil shot atau watak yang paling aktif di set pada satu-satu masa, manakala
kamera pusat (kebiasaanyanya kedudukanya di tengah) mengambil shot yang lebih luas untuk merakam / menyiarkan visual pada keseluruhan geografi set. Dengan cara ini, pelbagai shot dapat dirakam tanpa
perlu memulakan dan menghentikan rakaman tersebut. Gambar dibawah adalah set mcp saya sedang beoperasi.
Sahabat saya menggunakan kamera berqualiti broadcast |
Kaedah
ini lebih berkesan untuk program-program yang akan meggunakan masa yang singkat
atau program live seperti peristiwa
yang tidak dapat diulangi lagi. ia juga mengurangkan masa yang digunakan untuk
menyunting kembali rakaman.
Proses rakaman juga lebih cepat kerana tidak ada keperluan untuk set-up kembali lampu dan sudut kamera alternatif untuk sudut yang berbeza. Ia juga mengurangkan kerumitan isu-isu kesinambungan (continuity) yang timbul apabila dirakam dari sudut yang berbeza.
Antara kelemahanya ialah penyediaan lampu atau pencahayaan yang kurang optimum, terpaksa berkompromi untuk semua sudut kamera dan fleksibiliti untuk dalam meletakkan peralatan yang diperlukan di set, contoh seperti boom mikrofon dan rig pencahayaan. Ianya mudah untuk disembunyikan dari hanya satu kamera tetapi boleh menjadi lebih rumit untuk menempatkan mereka dalam persediaan pelbagai kamera (mcp). Kadangkala kamera juga harus diubah sudut untuk menyembunyikanya.
Video switcher atau video mixer adalah alat yang digunakan untuk memilih shot antara beberapa sumber
video untuk mewujudkan kesan pencampuran sudut kamera dan shot yang berbeza. Ia
merupakan alat yang terpenting dalam proses mcp.
Operator yang mengendalikan mixer dikenali sebagai pengarah teknikal (technical
produser). Terdapat perbagai jenis video swicther dan jenama, dan ada yang
berharga hingga ratusan ribu ringgit.