Audio Canon Dslr 550D & 7D

Kita memerlukan kualiti audio yang baik dalam setiap video kita, peranan audio pula adalah sangat-sangat penting. Masalah dengan kamera Canon dslr seperti 550D, 7D,  firmware nya hanya mempunyai kawalan paras atau level audio secara automatic yang tidak baik. (Automatic gain control). Keadaan ini disebabkan oleh sistem audio kamera tersebut yang secara automatik menyelaraskan paras bunyi kepada tahap optimum  -6db atau -4db. Kebaikan level automatik ialah jika ada paras audio tinggi seperti pecakapan atau dialog yang masuk kerana ia akan mengelakan audio menjadi distort atau pecah, Namun..apabila tiada audio yang tinggi atau keadaan senyap, sistem kamera tersebut akan menaikan paras bunyi ambient (bunyi keliling) pula ketahap optimum. Ini memberi kesan bising dan desis kuat yang kita tidak mahukan.


Bagi mendapatkan kualiti audio yang bersih. kita perlu menetapkan level audio pada tahap optimum hanya pada audio yang kita mahukan sahaja, contohnya dialog. Ini hanya boleh dilakukan pada kamera yang mempunyai manual audio control seperti Canon 600D, 60D, 5Dmkii & iii dan sebagainya..

Untuk pengguna Canon 550D & 7D, kaedah untuk mendapatkan audio bersih ialah dengan memberikan signal audio tone pada tahap -12db secara berterusan pada salah satu saluran mic pada kamera, sama ada Ch-L atau Ch-R (saya cadangkan Ch-R untuk Tone dan Ch-L di sambung pada microphone atau mixer untuk dialog). Keadaan ini akan menyebabkan kamera akan mengekalkan pada tahap -6db mengikut level tone tersebut selagi tone pada sebelah Ch-R masih berjalan. kesanya, bunyi ambient dan desis tidak akan dinaikan walaupun tiada dialog.

Terdapat beberapa peralatan yang sudah sedia untuk atasi masalah tersebut antaranya Beachtek atau Juicedlink tetapi harganya mahal. Dengan harga tersebut, lebih baik kita naik taraf kamera. Kita juga boleh menggunakan alat rakaman audio yang berasingan, tapi perlu membuat sync kemudian. Remeh, tapi kita akan dapat audio yang lebih baik. Firmware hack seperti 'magiclantern' juga membolehkan audio diset kepada manual tetapi tidak pada Eos 7D.


Saya menggunakan phillips mp3 player yang memainkan tone selama sejam yang dimainkan secara ulangan. Ianya memberikan kesan yang sama. Anda boleh menggunakan tone 1khz atau cadangan saya 20khz tone. Supaya bila dimainkan semula pada kamera, kita boleh mendengar audio Ch-L.. Perlu diingat, jangan meletakan signal tone terlampau kuat ianya akan mengakibatkan tiada langsung bunyi dan akan melangkau ke Ch sebelahnya. Anda juga perlu mendengar audio melalui headphone kerana tampa pemantauan ianya seperti jurukamera tampa viewfinder. Anda perlu membina kabel sendiri bagi kaedah ini. Selamat mencuba. Diharap kelak, canon updatekan firmware nanti.
Firmware V2. Eos 7D diterbitkan pada Ogos 2012. malangnya tiada lever meter seperti Eos 5dmk3.