Editing "SkillsMalaysia" 13 Episod

Suntingan 13 episod program 'majalah' terbitan SkillsMalaysia untuk rtm. Program ini memggunakan 2 kamera P2. Walau pun final cut proX(v1.0) sudah saya beli, tapi Saya masih menggunakan perisian final cut pro7 kerana fcpx banyak kekurangan yang sengaja Apple kurangkan, tak tahulah kenapa. Contohnya program sokongan dengan Blackmagic decklink untuk transfer kepada tape digiBeta. walaupun ada ada program Media Express dari Blackmagic, Jadi banyak kerja lak...walaupun begitu saya sukakan fcpx untuk suntingan program drama.

Progam ini menampilkan Farhan AF4 sebagai pengacara dan 13 artis jemputan sebagai pelatih untuk mempelajari program latihan skills dibawah kementerian sumber manusia. Berikut adalah 5 minit sedutan klip episod fesyen menampilkan Tanya Hudson sebagai artis jemputan. Durasi penuh sebenarnya adalah 25 minit iaitu standard bagi program episod di stesyen tv. Tak boleh tunjuk penuh, copyright... 



SkillsMsia from tokpamuz on Vimeo.