Drama produksi ini saya bertindak sebagai D.o.p (Director of photography) yang juga Jurukamera untuk drama tv. Tugas dop ialah mencipta identiti visual. Bekerja dengan Pengarah, krew kamera dan Krew pencahayaan untuk mencapai matlamat ini. Menguruskan semua aspek penggambaran dan mengawasi peralatan untuk rakaman samada jenis kamera dan sebagainya.
Semasa penggambaran, Dop juga bekerja rapat dengan Gaffer (Krew pencahayaan), Art Director (Pereka Produksi), Wardrobe dan Make-up. Pada setiap hari penggambaran, Dop dan krew kamera datang lebih awal di set untuk menyediakan peralatan.
Semasa latihan (rehearsal), Pengarah dan Dop membuat bloking (menentukan pergerakan yang tepat dari kedua-dua pelakon dan kamera) Pelakon berjalan melalui tindakan mereka, membincangkan apa-apa pergerakan kamera atau keperluan pencahayaan dengan Gaffer dan Grip.
Berikut adalah montaj Drama bersiri 13 episod satu jam betajuk "Dingin Sahara" yang menjalankan penggambaran di Kuala Lumpur dan 30% lagi di Kota Bandung Indonesia. Drama ini diterbitkan untuk Rtm dan disunting oleh Mustek.
|
dari kiri Naz, Allahyarham Along Fariz, Omer, Rusdi dan Saya- jurukamera |