Rakaman bunyi audio

Saya akan sentuh sedikit perihal bunyi dalam pengambaran. Baiklah, bunyi atau 'audio' bermaksud "suara" atau "penghasilan suara",  Secara khusus ianya merujuk pada rentang frekuensi yang dikesan oleh telinga manusia - Sekitar 20Hz  sampai  ke 20kHz.

      Secara umumnya 20Hz adalah nada suara (bassiest) terendah yang manusia boleh dengar, mankala 20kHz adalah pitch tertinggi yang boleh kita dengar. (subsonic & supersonic)

      Wujudnya bunyi disebabkan oleh getaran dari suatu objek yang menyebabkan udara sekitarnya bergetar, kemudian menyebabkan gendang telinga manusia bergetar, Otak menafsirkanya sebagai suara. 

Antara yang perlu diingat dalam audio adalah:
1.Wavelength    : Jarak antara titik pada gelombang dan titik setara pada fasa seterusnya.
 2.Frequency     : Panjang gelombang yang berlaku dalam kiraan persaat. (Khz).
 3.Amplitude     : Kekuatan isyarat gelombang atau kelantangan yang tinggi.



Microphone
Microphone mengubah tenaga akustik (gelombang bunyi) menjadi tenaga elektrik (isyarat audio) tanpa sebarang pertukaran pada “amplitude” dan “frequensy response”. 

             Berbagai mikrofon mempunyai cara yang berbeza-beza mengikut jenis kepenggunanya, tetapi  kesemuanya berkongsi satu hal yang sama iaitu Diafragma. Ini adalah bahagian yang nipis bergetar ketika dipukul oleh gelombang suara yang mengubah menjadi tenaga elektrik dan memberi signal kepada kamera.


Jenis-jenis microphone dan fungsinya

1 - Uni-directional - microphone dapat menerima bunyi dari satu arah. ~ cth Dynamic mic.

2 - Highly directionalmicrophone yang dapat menerima bunyi dari satu arah yang tepat.
     ~ cth: shotgun mic (kebiasaan digunakan dalam pengambaran)

3 - Omi-directional - microphone dapat menerima bunyi sekeliling. ~ cth: clip mic.

4 - Bidirectional - microphone dapat menerima bunyi  dibahagian depan dan belakang sahaja.

       Dalam sesuatu 'movie', Bunyi akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
 Suara, Efex dan Muzik. Tiap-tiap bahagian akan berhubungkait diantara satu sama lain
dimana sifat-sifatnya juga dibahagi kepada tiga iaitu, Dominant adalah bunyi utama 
contohnya dialog, Backup contohnya muzik, Atmospheric contohnya ambient.
walaubagaimanapun ia akan berubah-ubah mengikut situasi scene tersebut.


Setakat ini dulu, banyak lagi tu..
Selamat belajar...

" Anda boleh memaafkan sesuatu imej yang tak
baik jika kita dapat mendengar audionya dengan jelas.

tapi... anda tidak boleh memaafkan sesebuah imej
walaupun sangat baik, jika audionya hancur....tak begitu? "