Teknik ini memerlukan kad memori yang lebih laju dan besar kerana kamera akan merekordkan data-data raw daripada sensor tampa dicompres kepada card. Kaedah ini memerlukan kerja yang lebih banyak terutama dalam pos produksi.
Test Eos 7D Video
Saya mencuba teknik rakaman video raw kamera eos. Kelebihan teknik ini, kita akan dapat megembalikan imej-imej yang over dan under exposed (< 4-5 f Stop) kepada normal (HDR). Ini akan memberikan imej yang lebik baik.
Rakaman Multi Camera Production (mcp)
Selain daripada bekerja sebagai jurukamera dan video editor bebas, saya juga ada menyediakan set Mcp 3 camera berkualiti broadcast bagi tujuan rakaman video. Tetapi, untuk membolehkan rakaman mcp kos yang rendah, saya sesuaikan perkhidmatan mcp saya untuk kegunaan biasa (tidak broadcast) iaitu menggunakan kamera jenis HandycamHD atau menggunakan kamera dslr (kamera still untuk video) untuk mereka tidak perlukan kualiti yang broadcast, pun begitu saya menggunakan set video mixer fully digital (broadcast quality) supaya kualiti video dapat dikekalkan. Sistem ini sesuai untuk tayangan live feed atau simpanan sendiri seperti program live muzik, tarian, forum, ceramah dan sebagainya.
MCP adalah kaedah rakaman video untuk menyiarkan atau merakam adegan. Penyediaan mcp berbeza dengan penyediaan
kamera tunggal (scp) yang menggunakan
satu kamera. Secara
umumnya, dua atau lebih kamera mengambil shot atau watak yang paling aktif di set pada satu-satu masa, manakala
kamera pusat (kebiasaanyanya kedudukanya di tengah) mengambil shot yang lebih luas untuk merakam / menyiarkan visual pada keseluruhan geografi set. Dengan cara ini, pelbagai shot dapat dirakam tanpa
perlu memulakan dan menghentikan rakaman tersebut. Gambar dibawah adalah set mcp saya sedang beoperasi.
![]() |
| Sahabat saya menggunakan kamera berqualiti broadcast |
Kaedah
ini lebih berkesan untuk program-program yang akan meggunakan masa yang singkat
atau program live seperti peristiwa
yang tidak dapat diulangi lagi. ia juga mengurangkan masa yang digunakan untuk
menyunting kembali rakaman.
Proses rakaman juga lebih cepat kerana tidak ada keperluan untuk set-up kembali lampu dan sudut kamera alternatif untuk sudut yang berbeza. Ia juga mengurangkan kerumitan isu-isu kesinambungan (continuity) yang timbul apabila dirakam dari sudut yang berbeza.
Antara kelemahanya ialah penyediaan lampu atau pencahayaan yang kurang optimum, terpaksa berkompromi untuk semua sudut kamera dan fleksibiliti untuk dalam meletakkan peralatan yang diperlukan di set, contoh seperti boom mikrofon dan rig pencahayaan. Ianya mudah untuk disembunyikan dari hanya satu kamera tetapi boleh menjadi lebih rumit untuk menempatkan mereka dalam persediaan pelbagai kamera (mcp). Kadangkala kamera juga harus diubah sudut untuk menyembunyikanya.
Video switcher atau video mixer adalah alat yang digunakan untuk memilih shot antara beberapa sumber
video untuk mewujudkan kesan pencampuran sudut kamera dan shot yang berbeza. Ia
merupakan alat yang terpenting dalam proses mcp.
Operator yang mengendalikan mixer dikenali sebagai pengarah teknikal (technical
produser). Terdapat perbagai jenis video swicther dan jenama, dan ada yang
berharga hingga ratusan ribu ringgit.
Selagkah bersama
Program 13 episod majalah travel journal untuk rtm, pengacara oleh Ika Nabila menjelajah perkampungan orang asli diseluruh Malaysia untuk meneroka perkembangan, budaya dan kehidupan masyarakat pribumi di tanah air. Berikut adalah sedikit sedutan daripada episod pertama. Saya selaku Jurukamera dan menyunting pilot program tersebut.
Filem Balada Pencinta
Amir bekas ahli kumpulan Gangster merubah kehidupannya kepada pemain gitar 'basking' bertemu dan bercinta dengan Aisyah seorang anak dato yang telah bertunang dengan Boy.
Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah, Johan Asari, Siti Saleha, Sein Ruffedge, Faizal Hussien, Iedil Putra, Miera Lyana, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee.
Telemovie Raya yang paling raya
Clip opening...suntingan saya, drama komedi terbitan Pujangga Kreatif Sdn Bhd untuk (rtm-tvi). Tayangan Hari raya puasa. Mengisahkan Iwan (Jihan) & Adi (Nubhan) berhijrah ke Kuala Lumpur setelah terpengaruh dengan ejekan Dell, namun hidup mereka di bandar susah hingga tiada wang untuk balik beraya di kampung..bagaimanupun Adi mempunyai caranya..
Audio Canon Dslr 550D & 7D
Terdapat beberapa peralatan yang sudah sedia untuk atasi masalah tersebut antaranya Beachtek atau Juicedlink tetapi harganya mahal. Dengan harga tersebut, lebih baik kita naik taraf kamera. Kita juga boleh menggunakan alat rakaman audio yang berasingan, tapi perlu membuat sync kemudian. Remeh, tapi kita akan dapat audio yang lebih baik. Firmware hack seperti 'magiclantern' juga membolehkan audio diset kepada manual tetapi tidak pada Eos 7D.
Saya menggunakan phillips mp3 player yang memainkan tone selama sejam yang dimainkan secara ulangan. Ianya memberikan kesan yang sama. Anda boleh menggunakan tone 1khz atau cadangan saya 20khz tone. Supaya bila dimainkan semula pada kamera, kita boleh mendengar audio Ch-L.. Perlu diingat, jangan meletakan signal tone terlampau kuat ianya akan mengakibatkan tiada langsung bunyi dan akan melangkau ke Ch sebelahnya. Anda juga perlu mendengar audio melalui headphone kerana tampa pemantauan ianya seperti jurukamera tampa viewfinder. Anda perlu membina kabel sendiri bagi kaedah ini. Selamat mencuba. Diharap kelak, canon updatekan firmware nanti.
Firmware V2. Eos 7D diterbitkan pada Ogos 2012. malangnya tiada lever meter seperti Eos 5dmk3.
Saya menggunakan phillips mp3 player yang memainkan tone selama sejam yang dimainkan secara ulangan. Ianya memberikan kesan yang sama. Anda boleh menggunakan tone 1khz atau cadangan saya 20khz tone. Supaya bila dimainkan semula pada kamera, kita boleh mendengar audio Ch-L.. Perlu diingat, jangan meletakan signal tone terlampau kuat ianya akan mengakibatkan tiada langsung bunyi dan akan melangkau ke Ch sebelahnya. Anda juga perlu mendengar audio melalui headphone kerana tampa pemantauan ianya seperti jurukamera tampa viewfinder. Anda perlu membina kabel sendiri bagi kaedah ini. Selamat mencuba. Diharap kelak, canon updatekan firmware nanti.
Firmware V2. Eos 7D diterbitkan pada Ogos 2012. malangnya tiada lever meter seperti Eos 5dmk3.
Telemovie Nurin Najwa
Tarian Asyik 2
Rakaman tarian ini dibuat di sebuah restauran di pulau melaka Kelantan menggunakan kamera sony dsr400. Kamera ini adalah jenis standart definition broadcast. walaupun ianya adalah 4/3 tetapi saya saja crop bagi kelihatan 16/9, bagaimanapun ia bukanlah berkualiti Hd, cuma memberi kesan 'look' Hd saja. Ini adalah sebahagian clip yang saya reEdit kembali untuk di'sharing' di internet.
Diharap tarian sebegini boleh dikekalkan untuk tatapan jenerasi akan datang. Semoga clip ini boleh memberi manafaat pada seseorang.
Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik Kelantan dan dipersembahkan di istana Raja-Raja Kelantan. Penari-penari terdiri daripada dayang-dayang istana. Selain itu Tarian Asyik ditarikan pada hari perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana. Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Diharap tarian sebegini boleh dikekalkan untuk tatapan jenerasi akan datang. Semoga clip ini boleh memberi manafaat pada seseorang.
Editing "SkillsMalaysia" 13 Episod
Progam ini menampilkan Farhan AF4 sebagai pengacara dan 13 artis jemputan sebagai pelatih untuk mempelajari program latihan skills dibawah kementerian sumber manusia. Berikut adalah 5 minit sedutan klip episod fesyen menampilkan Tanya Hudson sebagai artis jemputan. Durasi penuh sebenarnya adalah 25 minit iaitu standard bagi program episod di stesyen tv. Tak boleh tunjuk penuh, copyright...
SkillsMsia from tokpamuz on Vimeo.
Clip video persandingan Nurlaili & Sulaiman
Alang-alang kemajlis kenduri, tiada salahnya shoot sikit buat hadiah kepada pengantin. Semoga berbahagia Man.
Subscribe to:
Posts (Atom)







