Dokumentari Peti Pos Dasar Laut Terdalam

Pulau Layang-Layang terletak 300 kilometer dari pantai Sabah dan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan menggunakan kapal terbang dari Kota Kinabalu. Bagaimanapun kami mengambil peluang untuk merasai sendiri pengalaman ke pulau tersebut menaiki kapal kargo bersama-sama beberapa orang tentera laut kepulau tersebut yang mengambil masa 23 jam jika cuaca baik. Alhamdulillah cuaca sangat baik semasa perjalanan kami. Saya dan team produksi  berpeluang membuat rakaman dokumentari 45 minit untuk Rtm dan Astro, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan untuk mendaulatkan pulau Layang Layang Malaysia. Kami bermalam di Avillion Layang Layang selama 15 hari.
             Peti pos dasar laut terletak pada kedalaman 40 meter, ia sekali gus mencipta rekod dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai peti pos dasar laut terdalam di negara. Pelancaran poskod khas bernombor ' 88005 untuk Pulau Layang-Layang dan sebuah lagi peti pos di darat sebagai kemudahan pos kepada para pelancong dan orang ramai yang tinggal di pulau itu.





Team produksi  
Disinilah tempat asalnya pulau ini dimana tentera laut menjaga keselamatan negara





Anugerah Pekhidmatan Cemerlang 2015

Rakaman majlis penyampaian Anugerah Pekhidmatan Cemerlang 2015 untuk Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu. Saya menggunakan 2 kamera Panasonic dan 2 kamera Sony untuk majlis ini dengan swicher. Terima kasih kepada semua mereka yang terlibat terutama pada  Cik Zafiah, En Tan Chai Lan serta teamnya dan kepada Juru teknikal Sdr Hisyam, Deen, Basree, En Jamil dan En Syed Zulkifli kerana membantu menyempurnakan rakaman tersebut dengan lancar. Terima kasih anda semua best & cool.




Drama Telemovie "Mencari Kaamatan di Gombunan"

    Drama arahan Jamil Mutalib, Lakonan oleh Beto Kusyairy dan Zarina Zainoordin. Berlatar belakang negeri Sabah. Mengisahkan Rashid (Beto) membawa isterinya Suraya (Zarina) ke Sabah untuk untuk bercuti dan membuat kajian untuk novelnya tentang Keamatan. Di sana, Rashid "pergi ke alam lain" dan bertemu seorang gadis dusun..

Saya menggunakan kamera Sony A7s bersama recorder Atomos Ninja2 bagi keseluruhan drama ini dengan gabungan lensa canon. Bagi saya, kualiti video sony A7s setanding dengan canon C100, tetapi kamera ini adalah lebih baik dalam pencahayaan yang kurang. Walaubagaimana pun tidak ade kamera yag sempurna. A7s juga ada mempunyai kekuranganya.




 

Berikut adalah satu babak yang saya menggunakan lensa 35mm Zhongyi pada body Sony. Lens ini agak sedikit soft pada wide open (f2). Pun begitu saya berpuas hati pada bukaan f2.8




Sony A6000 - Video

Kamera Sony juga punyai keupayaan merakam video dengan baik.  Gabungan lensa Canon dengan badan Sony menggunakan 3rd party adaptor auto focus Ef to E-mount membolehkan lensa Canon digunakan. Kaedah ini pada saya buat masa ini kurang sesuai untuk rakaman gambar pegun kerana sistem auto focusnya begitu lambat kerana ia mengambil masa 3-4 saat untuk mendapatkan focus dan kadangkala ia gagal langsung. Adaptor ini juga berupaya menukar aperture secara elektronik, pada saya ini sudah cukup untuk rakaman video, bagi focus pula tiada masalah kerana saya menggunakan manual focus.
Sony A6000 & Canon 24-105mm lens
Untuk mendapatkan audio yang baik saya terpaksa menggunakan teknik rakaman audio berasingan dengan menggunakan perakam Zoom H1n bersama Sennheiser lav mic jika membuat sesi temubual kerana kamera ini tidak mempunyai mic in. Penggunaan Sony mic seperti Sony ECM W1M pada saya kurang praktikal kerana ia turut merakam ambience yang tinggi dan kita tidak punyai pilihan untuk memperbaiki kelantangan bunyi secara manual walaupun pada model kamera seperti Sony A7 siri. Ia melumpuhkan penyesuaian manual audio kepada auto sahaja.  Jadi saya tidak menggalakkan anda membelinya.


Kejohanan Motocross terbuka kedah

Kejohanan Motocross di Rasau Pendang



Cempaka Padang Lerek

Drama 90 minit terbitan Saspintar Sdn Bhd. Rakaman di Kedah lakonan Shakilla Khoriri, Idris Mat Diah, Nadia Mustafar dan Zalieyshuhali. Arahan mantap oleh Marzunaidi Mat Noh, skrip oleh En.Pyian dan Saya sebagai Jurukamera. Drama ini mempunyai gaya bahasa yang menarik, lakonan yang berkesan dan cerita yang menarik.



Boleh di tonton di : myklik.rtm.gov.my/telemovie/403


Pengarah Marzunaidi Mat Noh



FAJAR DI BUKHARA

Saya sebagai Dop/Jurukamera untuk drama 26 episod satu jam, bertajuk Fajar di Bukhara. 40% di jalankan di Uzbezkistan dan selebihnya di sekitar Kuala lumpur.



Bangganya dapat bekerja dgn Art Director En. Azan




Satu daripada babak di Malaysia saya sunting sendiri untuk dikongsikan bersama anda. Keseluruhanya disunting oleh Rosliana Roslie



Untuk babak ini saya menggunakan kamera Canon C100 dengan lens Zhongyi Creator 35mm f2.0 Shooting pada bukaan f2.5 - tutup sedikit kerana pada f2 (wide open) kelihatan agak soft. Lens ini lemah sedikit dengan lens flare - terpaksa menggunakan lens hood atau matte box pada keadaan tertentu.



Drama Siri ini boleh ditonton di : http://myklik.rtm.gov.my/program/1173

Drama 26 episod SILIR KASIH

Drama bersiri 26 episod terbitan Unomedia untuk Rtm2. Saya selaku editor untuk drama ini. megambil masa hampir 3 bulan untuk siapkan projek ini selari dengan masa penggambaran di jalankan.
              Berikut adalah montaj drama Silir Kasih arahan Nizam Zakaria. Penerbit oleh Basree Rakijan.



Penerbit juga menghasilkan video clip ost utk drama ini.

Berikut adalah video clip ost bertajuk "Gema cinta" nyayian Asmidar.. Saya sebagai pengarah bersama Basree Rakijan dan sebagai jurukamera serta video editor bagi video clip tersebut. 

Gema cinta from tokpamuz on Vimeo.





DINGIN SAHARA

           Drama produksi ini saya bertindak sebagai D.o.p (Director of photography) yang juga Jurukamera untuk drama tv. Tugas dop ialah mencipta identiti visual. Bekerja dengan Pengarah, krew kamera dan Krew pencahayaan untuk mencapai matlamat ini. Menguruskan semua aspek penggambaran dan mengawasi peralatan untuk rakaman samada jenis kamera dan sebagainya.
         
Semasa penggambaran, Dop juga bekerja rapat dengan Gaffer (Krew pencahayaan), Art Director (Pereka Produksi), Wardrobe dan Make-up. Pada setiap hari penggambaran, Dop dan krew kamera datang lebih awal di set untuk menyediakan peralatan.

Semasa latihan (rehearsal), Pengarah dan Dop membuat  bloking (menentukan pergerakan yang tepat dari kedua-dua pelakon dan kamera) Pelakon berjalan melalui tindakan mereka, membincangkan apa-apa pergerakan kamera atau keperluan pencahayaan dengan Gaffer dan Grip.

Berikut adalah montaj Drama bersiri 13 episod satu jam betajuk "Dingin Sahara" yang menjalankan penggambaran di Kuala Lumpur dan 30% lagi di Kota Bandung Indonesia. Drama ini diterbitkan untuk Rtm dan disunting oleh Mustek.



 dari kiri Naz, Allahyarham Along Fariz, Omer, Rusdi dan Saya- jurukamera

Test Eos 7D Video

Saya mencuba teknik rakaman video raw kamera eos. Kelebihan teknik ini,  kita akan dapat megembalikan imej-imej yang over dan under exposed (< 4-5 f Stop) kepada normal (HDR).  Ini akan memberikan imej yang lebik baik.    
         Teknik ini memerlukan kad memori yang lebih laju dan besar kerana kamera akan merekordkan data-data raw daripada sensor tampa dicompres kepada card. Kaedah ini memerlukan kerja yang lebih banyak terutama dalam pos produksi.