Sony A6000 - Video

Kamera Sony juga punyai keupayaan merakam video dengan baik.  Gabungan lensa Canon dengan badan Sony menggunakan 3rd party adaptor auto focus Ef to E-mount membolehkan lensa Canon digunakan. Kaedah ini pada saya buat masa ini kurang sesuai untuk rakaman gambar pegun kerana sistem auto focusnya begitu lambat kerana ia mengambil masa 3-4 saat untuk mendapatkan focus dan kadangkala ia gagal langsung. Adaptor ini juga berupaya menukar aperture secara elektronik, pada saya ini sudah cukup untuk rakaman video, bagi focus pula tiada masalah kerana saya menggunakan manual focus.
Sony A6000 & Canon 24-105mm lens
Untuk mendapatkan audio yang baik saya terpaksa menggunakan teknik rakaman audio berasingan dengan menggunakan perakam Zoom H1n bersama Sennheiser lav mic jika membuat sesi temubual kerana kamera ini tidak mempunyai mic in. Penggunaan Sony mic seperti Sony ECM W1M pada saya kurang praktikal kerana ia turut merakam ambience yang tinggi dan kita tidak punyai pilihan untuk memperbaiki kelantangan bunyi secara manual walaupun pada model kamera seperti Sony A7 siri. Ia melumpuhkan penyesuaian manual audio kepada auto sahaja.  Jadi saya tidak menggalakkan anda membelinya.


Kejohanan Motocross terbuka kedah

Kejohanan Motocross di Rasau Pendang



Cempaka Padang Lerek

Drama 90 minit terbitan Saspintar Sdn Bhd. Rakaman di Kedah lakonan Shakilla Khoriri, Idris Mat Diah, Nadia Mustafar dan Zalieyshuhali. Arahan mantap oleh Marzunaidi Mat Noh, skrip oleh En.Pyian dan Saya sebagai Jurukamera. Drama ini mempunyai gaya bahasa yang menarik, lakonan yang berkesan dan cerita yang menarik.



Boleh di tonton di : myklik.rtm.gov.my/telemovie/403


Pengarah Marzunaidi Mat Noh



FAJAR DI BUKHARA

Saya sebagai Dop/Jurukamera untuk drama 26 episod satu jam, bertajuk Fajar di Bukhara. 40% di jalankan di Uzbezkistan dan selebihnya di sekitar Kuala lumpur.



Bangganya dapat bekerja dgn Art Director En. Azan




Satu daripada babak di Malaysia saya sunting sendiri untuk dikongsikan bersama anda. Keseluruhanya disunting oleh Rosliana Roslie



Untuk babak ini saya menggunakan kamera Canon C100 dengan lens Zhongyi Creator 35mm f2.0 Shooting pada bukaan f2.5 - tutup sedikit kerana pada f2 (wide open) kelihatan agak soft. Lens ini lemah sedikit dengan lens flare - terpaksa menggunakan lens hood atau matte box pada keadaan tertentu.



Drama Siri ini boleh ditonton di : http://myklik.rtm.gov.my/program/1173

Drama 26 episod SILIR KASIH

Drama bersiri 26 episod terbitan Unomedia untuk Rtm2. Saya selaku editor untuk drama ini. megambil masa hampir 3 bulan untuk siapkan projek ini selari dengan masa penggambaran di jalankan.
              Berikut adalah montaj drama Silir Kasih arahan Nizam Zakaria. Penerbit oleh Basree Rakijan.



Penerbit juga menghasilkan video clip ost utk drama ini.

Berikut adalah video clip ost bertajuk "Gema cinta" nyayian Asmidar.. Saya sebagai pengarah bersama Basree Rakijan dan sebagai jurukamera serta video editor bagi video clip tersebut. 

Gema cinta from tokpamuz on Vimeo.





DINGIN SAHARA

           Drama produksi ini saya bertindak sebagai D.o.p (Director of photography) yang juga Jurukamera untuk drama tv. Tugas dop ialah mencipta identiti visual. Bekerja dengan Pengarah, krew kamera dan Krew pencahayaan untuk mencapai matlamat ini. Menguruskan semua aspek penggambaran dan mengawasi peralatan untuk rakaman samada jenis kamera dan sebagainya.
         
Semasa penggambaran, Dop juga bekerja rapat dengan Gaffer (Krew pencahayaan), Art Director (Pereka Produksi), Wardrobe dan Make-up. Pada setiap hari penggambaran, Dop dan krew kamera datang lebih awal di set untuk menyediakan peralatan.

Semasa latihan (rehearsal), Pengarah dan Dop membuat  bloking (menentukan pergerakan yang tepat dari kedua-dua pelakon dan kamera) Pelakon berjalan melalui tindakan mereka, membincangkan apa-apa pergerakan kamera atau keperluan pencahayaan dengan Gaffer dan Grip.

Berikut adalah montaj Drama bersiri 13 episod satu jam betajuk "Dingin Sahara" yang menjalankan penggambaran di Kuala Lumpur dan 30% lagi di Kota Bandung Indonesia. Drama ini diterbitkan untuk Rtm dan disunting oleh Mustek.



 dari kiri Naz, Allahyarham Along Fariz, Omer, Rusdi dan Saya- jurukamera

Test Eos 7D Video

Saya mencuba teknik rakaman video raw kamera eos. Kelebihan teknik ini,  kita akan dapat megembalikan imej-imej yang over dan under exposed (< 4-5 f Stop) kepada normal (HDR).  Ini akan memberikan imej yang lebik baik.    
         Teknik ini memerlukan kad memori yang lebih laju dan besar kerana kamera akan merekordkan data-data raw daripada sensor tampa dicompres kepada card. Kaedah ini memerlukan kerja yang lebih banyak terutama dalam pos produksi.

Rakaman Multi Camera Production (mcp)



Selain daripada bekerja sebagai jurukamera dan video editor bebas, saya juga ada menyediakan set Mcp 3 camera berkualiti broadcast bagi tujuan rakaman video. Tetapi, untuk membolehkan rakaman mcp kos yang rendah, saya sesuaikan perkhidmatan mcp saya untuk kegunaan biasa (tidak broadcast) iaitu menggunakan kamera jenis HandycamHD atau menggunakan kamera dslr (kamera still untuk video) untuk mereka tidak perlukan kualiti yang broadcast, pun begitu saya menggunakan set video mixer fully digital (broadcast quality) supaya kualiti video dapat dikekalkan. Sistem ini sesuai untuk tayangan live feed atau simpanan sendiri seperti program live muzik, tarian, forum, ceramah dan sebagainya. 

MCP adalah kaedah rakaman video untuk menyiarkan atau merakam adegan. Penyediaan mcp berbeza dengan penyediaan kamera tunggal (scp) yang menggunakan satu kamera. Secara umumnya, dua atau lebih kamera mengambil shot atau watak yang paling aktif di set pada satu-satu masa, manakala kamera pusat (kebiasaanyanya kedudukanya di tengah) mengambil shot yang lebih luas untuk merakam / menyiarkan visual pada keseluruhan geografi set. Dengan cara ini, pelbagai shot dapat dirakam tanpa perlu memulakan dan menghentikan rakaman tersebut. Gambar dibawah adalah set mcp saya sedang beoperasi.
Sahabat saya menggunakan kamera berqualiti broadcast 
            Kaedah ini lebih berkesan untuk program-program yang akan meggunakan masa yang singkat atau program live seperti peristiwa yang tidak dapat diulangi lagi. ia juga mengurangkan masa yang digunakan untuk menyunting kembali rakaman.           
            
           Proses rakaman juga lebih cepat kerana tidak ada keperluan untuk set-up kembali lampu dan sudut kamera alternatif untuk sudut yang berbeza. Ia juga mengurangkan kerumitan isu-isu kesinambungan (continuity) yang timbul apabila dirakam dari sudut yang berbeza. 

Antara kelemahanya ialah penyediaan lampu atau pencahayaan yang kurang optimum, terpaksa berkompromi untuk semua sudut kamera dan fleksibiliti untuk dalam meletakkan peralatan yang diperlukan di set, contoh seperti boom mikrofon dan rig pencahayaan. Ianya mudah untuk disembunyikan dari hanya satu kamera tetapi boleh menjadi lebih rumit untuk menempatkan mereka dalam persediaan pelbagai kamera (mcp). Kadangkala kamera juga harus diubah sudut untuk menyembunyikanya.

Video switcher atau video mixer adalah alat yang digunakan untuk memilih shot antara beberapa sumber video untuk mewujudkan kesan pencampuran sudut kamera dan shot yang berbeza. Ia merupakan alat yang terpenting dalam proses mcp. Operator yang mengendalikan mixer dikenali sebagai pengarah teknikal (technical produser). Terdapat perbagai jenis video swicther dan jenama, dan ada yang berharga hingga ratusan ribu ringgit. 





Selagkah bersama

Program 13 episod majalah travel journal untuk rtm, pengacara oleh Ika Nabila menjelajah perkampungan orang asli diseluruh Malaysia untuk meneroka perkembangan, budaya dan kehidupan masyarakat pribumi di tanah air. Berikut adalah sedikit sedutan daripada episod pertama. Saya selaku Jurukamera dan menyunting pilot program tersebut.




 

Filem Balada Pencinta

Saya seronok menyunting filem ini kerana banyak babak-babak filem ini menyentuh perasaan, aksi yang bagus, lagu tema yang menarik. Ia menyebabkan kita akan menonton hingga ke akhir.

        Film 'Pecinta'  terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd arahan Khir Rahman ini saya sunting pada bulan ramadan 2012 telah selesai, namun masih menunggu proses final audio mixing sebelum dihantar ke proses color grading dan proses kinetransfer di Thailand, Filem ini di jangka ke pawagam awal tahun 2013.

        Amir bekas ahli kumpulan Gangster merubah kehidupannya kepada pemain gitar 'basking' bertemu dan bercinta dengan Aisyah seorang anak dato yang telah bertunang dengan Boy.
     
         Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah, Johan Asari, Siti Saleha, Sein Ruffedge, Faizal Hussien, Iedil Putra, Miera Lyana, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee.